Pengundi perlu kekalkan Tok Mat dalam DUN  - Utusan Malaysia

Pengundi perlu kekalkan Tok Mat dalam DUN 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU 4 April – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan perlu menang Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau pada 13 April ini supaya beliau dapat terus berada dalam sidang DUN negeri

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata, rakyat negeri ini khususnya masyarakat Rantau memerlukan Mohamad bagi memperjuangkan hak mereka.

“Kita mahukan seorang pemimpin yang boleh suarakan hak rakyat dan perlu ada ‘hero’ dalam sidang DUN di Negeri Sembilan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya kenal Tok Mat seorang pemimpin yang hebat. Jadi pengundi DUN Rantau perlu memberi kemenangan kepada BN,” katanya semasa berceramah di Bandar Ekar di sini malam tadi.

Khairy Jamaluddin seterusnya mengingatkan kekalahan BN di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bukan disebabkan kelemahan Mohamad, tetapi isu di peringkat nasional.

Dalam pada itu, katanya, BN memang telah menjangkakan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan turun  dalam kempen-kempen calon PH, Dr. S. Streram.

Beliau mendakwa, ini kerana Anwar cuba menunjukkan kehebatan beliau dan partinya selepas PH tewas kepada BN dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih sebelum ini.

“Ini peluang untuk dia tunjuk kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa dia boleh bawa kemenangan kepada PH,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini