Kedah berpeluh sebelum ke pusingan ketiga - Utusan Malaysia

Kedah berpeluh sebelum ke pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 April – Jaringan kemenangan Fernando Rodriguez pada masa tambahan membolehkan Kedah mara pusingan ketiga Piala FA selepas menundukkan Selangor United 3-2 di Stadium Darul Aman, Alor Setar, sebentar tadi.

Terdahulu, Selangor United tampak berpeluang cerah ke pusingan ketiga apabila mendahului 2-0 menerusi jaringan Nurhafizzuan Jailani pada minit ke-9, diikuti Sergio Ezequiel (m-48).

Bagaimanapun skuad Lang Merah bangkit menyamakan kedudukan hasil jaringan Jonatan Bauman pada minit ke-53 dan Zaquan Adha (m-68) sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rodriguez kemudian meledak gol kemenangan pada minit ke-112, sekali gus membolehkan Kedah beraksi pada pusingan ketiga Piala FA.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini