Naratif kempen Pilpres masih ‘cetek’ - Utusan Malaysia

Naratif kempen Pilpres masih ‘cetek’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 3 April – Selepas 10 hari kempen terbuka pilihan raya Pre­siden (Pilpres) berlangsung sejak 24 Mac lalu, Joko Widodo atau Jokowi dan pesaingnya, Prabowo Subianto telah membawa sejumlah dasar yang jauh berbeza kepada masyarakat.

Keduanya membawakan naratif tersendiri, sarat dengan kekuatan masing-masing untuk meraih tempat di hati rakyat.

Namun, Pengarah Eksekutif Voxpol Center, Pangi Syarwi Chaniago menyifatkan naratif kempen kedua-dua calon masih ‘cetek’ kerana tidak mengete­ngahkan secara mendalam dan gagal menjawab persoalan rak­yat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, kelemahan ter­sebut menjadi faktor jumlah pe­ngundi atas pagar tidak berkurangan.

“Rakyat masih tidak yakin dengan janji yang disajikan,” jelasnya seperti dilaporkan akhbar Tempo.

Pengarah Eksekutif Parameter Politik Indonesia, Adi Prayitno pula berpendapat, retorik politik yang dimainkan kedua-dua pe­mimpin itu mempunyai kekuatan yang setara.

Jelasnya, Jokowi secara konsis­ten menyentuh tentang kejayaan pemerintahannya dalam membangunkan bangsa sedangkan Prabowo berterusan mengangkat kegagalan pemerintahan Jokowi sebagai modal kempen.

“Jokowi ‘mendendangkan’ usahanya memperbaiki infra­struktur termasuk pengenalan Kad Indonesia Pintar dan Kad Indonesia Sihat untuk meraih perhatian pengundi.

“Jika majoriti rakyat bersetuju dan merasai program-program tersebut, Jokowi akan dipilih sekali lagi,” jelasnya.

Beliau memberitahu, Prabo­wo pula mendedahkan kelemahan kepimpinan Jokowi seper­ti kemiskinan, pe­ngangguran, peningkatan harga makanan, kejatuhan nilai rupiah dan pe­ningkatan hutang negara.

“Prabowo yang menjanjikan perubahan berpeluang untuk menang jika rakyat merasakan hidup mereka semakin susah dengan kelemahan ekonomi negara,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini