KPDNHEP Selangor rampas beg tiruan RM38,063 - Utusan Malaysia

KPDNHEP Selangor rampas beg tiruan RM38,063

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG 3 April – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor telah merampas 1,334 unit beg tangan wanita tiruan jenama Longchamp dan Hermes dianggarkan berjumlah RM38,063 melibatkan empat premis di sekitar Klang di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa negeri, Azizan Abdullah berkata, serbuan dilakukan secara berasingan di empat buah premis itu dilakukan secara berasingan bermula kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

“Serbuan dilakukan adalah hasil maklumat dan risikan yang telah dijalankan sebelum ini. Hasil serbuan di empat buah premis tersebut mendapati menjual beg tangan tiruan jenama Longchamp dan Hermes.

Memuatkan artikel berkaitan…

LKita telah merampas 1,334 unit beg tangan dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM 38,063. Siasatan awal mendapati premis ini telah beroperasi lebih dari empat tahun,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu membekalkan atau menawarkan untuk membekalkan apa-apa barang yang baginya suatu perihal dagangan palsu digunakan seolah-olah barang-barang itu tertakluk kepada apa-apa hak yang berhubungan dengan cap dagangan berdaftar.

Jika sabit kesalahan, syarikat boleh didenda tidak melebihi RM15,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu dan bagi individu pula denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap barang yang diletakkan perihal dagangan palsu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini