Pesara tentera meninggal dunia selepas berjoging - Utusan Malaysia

Pesara tentera meninggal dunia selepas berjoging

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Seorang pesara tentera meninggal dunia akibat serangan penyakit jantung ketika berjoging di Stadium Mini Sabak Bernam, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pukul 8.45 pagi itu, K. Siva Sundar, 47, yang menetap di Hutan Melintang, Perak, meninggal dunia ketika berehat di tempat duduk penonton stadium tersebut.

Mangsa dikatakan baru sahaja bersara dua bulan lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, mangsa dikatakan sempat berjoging sebanyak lima pusingan sebelum dilihat dalam keadaan layu dan terbaring.

“Saya bergegas ke arah mangsa dan mendapati dia sudah tidak bernyawa sebelum menghubungi pihak ambulan dan keluarga mangsa,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Suprintenden Nor Azmi Isa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.

Jelas beliau, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini