11 wanita dipercayai GRO ditahan - Utusan Malaysia

11 wanita dipercayai GRO ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 April – 11 wanita warga asing yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Klang Lama, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 11.40 malam oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan Ibu pejabat Polis (IPD) Brickfields.

“Menerusi serbuan tersebut, sebanyak sembilan wanita warganegara Thailand, Laos (tiga orang) dan seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai pengurus premis telah ditahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Turut dirampas ialah beberapa peralatan muzik, 10 kalungan bunga, enam buah mahkota dan wang tunai,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua suspek telah ditahan reman sehingga 15 April depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39(b) Akta Imigresen serta Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah 1992. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini