Permulaan baik mampu kecewakan penyokong - Sarri - Utusan Malaysia

Permulaan baik mampu kecewakan penyokong – Sarri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 3 April – Pengurus Chelsea, Maurizio Sarri akui kecemerlangan awal musim yang dipamerkan oleh Chelsea dalam kempen Liga Pedana Inggeris mampu mengecewakan peminat Blues apabila tiba penghujung saingan.

Ketika ini penyokong Chelsea mendesak agar pengendali tersebut berundur terutama ketika melihat pasukan itu bergelut meraih kemenangan menentang Cardiff City pada 31 Mac.

Pada awal musim ini, Chelsea bermula baik apabila berjaya mengharungi 12 perlawanan tanpa kalah dan hanya tewas dalam aksi liga ketika bertandang ke Tottenham Hotspur, 24 November lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun kini, Chelsea terlepas peluang untuk meraih kejuaraan liga dan terpaksa meletakkan fokus memburu kelompok empat terbaik bagi mendapatkan slot ke saingan Liga Juara-Juara musim depan.

“Penyokong kami mungkin menyangkakan ia musim yang mudah buat kami selepas melihat pasukan bermula terlalu baik.

“Dalam Liga Perdana, saya berasakan ia tidak mudah malah amat sukar untuk menduduki empat tangga teratas dalam kejohanan ini.

“Bagi saya setiap perlawanan amat sukar kerana setiap pasukan amat kuat,” kata Sarri. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini