Amaran terakhir - Salahuddin Ayub - Utusan Malaysia

Amaran terakhir – Salahuddin Ayub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJONG KARANG 3 April – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani memberi amaran terakhir kepada syarikat swasta dilantik kerajaan supaya menghentikan kegiatan membekalkan benih padi tidak sah bagi mengaut keuntungan semata-mata.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, sepatutnya isu penggunaan benih tidak sah tidak timbul lagi maka suatu kajian akan dibuat bagi meneliti perkara ini secara terperinci.

“Saya beri amaran terakhir, kalau masih berlaku kita mungkin akan kembalikan kerja pembekalan benih kepada Jabatan Pertanian.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tidak mahu ada penipuan dan penyalahgunaan kerana kita tidak boleh kompromi dengan soal kualiti,” katanya dalam Majlis Pelancaran Penggunaan Benih Padi Sah Peringkat Kebangsaan di Pusat Pertanian Sungai Burong di sini tadi.

Tambah Salahuddin, buat masa ini terdapat sembilan syarikat yang dilantik bagi membekalkan benih padi sah kepada pesawah seluruh negara.

“Mereka ini ada kontrak tiga tahun, tetapi saya tidak mahu berlaku zalim, saya akan beri masa kepada mereka sebelum saya memuktamadkan keputusan pulangkan kepada Jabatan Pertanian,” ujarnya.

Isu benih padi tidak sah memberi pelbagai kesan buruk termasuk menjejaskan pengeluaran, tumbuh besaran padi, padi angin selain berisiko tinggi berpenyakit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini