Krisis makanan bakal jejaskan puluhan juta orang - Utusan Malaysia

Krisis makanan bakal jejaskan puluhan juta orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADEN 3 April – Sekumpulan saintis memberi amaran bahawa krisis makanan akan menjejaskan puluhan juta orang di seluruh dunia apabila peperangan, cuaca melampau dan masalah ekonomi menyebabkan lebih daripada 113 juta orang memerlukan bantuan segera tahun lalu.

Menurut laporan tahunan Rangkaian Global terhadap Krisis Makanan (GNAFC) yang diterbitkan semalam, konflik dan keadaan tidak selamat merupakan dua punca di sebalik situasi terdesak yang dihadapi oleh 74 juta orang dan dua pertiga daripada jumlah berkenaan terjejas pada tahun lalu.

Lapor Press TV, GNAFC ditubuhkan bertujuan untuk memerangi krisis makanan dari perspektif kemanusiaan dan pembangunan serta menangani punca-punca krisis tersebut yang ahli-ahlinya terdiri daripada Pertubuhan Makanan dan Pertanian Sedunia (FAO) dan Program Makanan Sedunia (WFP) dan Kesatuan Eropah (EU ).

Memuatkan artikel berkaitan…

Sekumpulan penyelidik GNAFC menganalisis 53 negara dan menggunakan skala lima fasa dengan tahap ketiga diklasifikasikan sebagai krisis, keempat sebagai kecemasan dan kelima sebagai kelaparan/malapetaka.

“113 juta itu hanyalah sejumlah kecil daripada jumlah sebenar mereka yang terjejas. Jika kamu melihat kembali, mereka berada di ambang krisis makanan.

“Mereka ini sangat rapuh sehingga jika berlakunya kemarau akan menyebabkan mereka mengalami krisis makanan. Melainkan kita menjalankan satu usaha jitu dan mengatasi punca yang boleh menyebabkan mereka berdepan keadaan lebih teruk, jumlah mereka yang terjejas akan meningkat,” kata penganalisis krisis makanan kanan FAO, Luca Russo. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini