KUALA LUMPUR 2 April – Selangor mara ke pusingan ketiga Piala FA 2019 selepas menewaskan Kelantan 3-0 di Stadium Sultan Muhammad ke-IV, Kota Bharu sebentar tadi.
Ketiga-tiga gol tersebut hadir menerusi Syazwan Zainon pada minit ke-62, sebelum pemain yang semakin meningkat naik, Faiz Nasir melengkapkan kemenangan tersebut (m-65, m-87).
Sementara itu turut mengikut jejak langkah Selangor adalah Terengganu FC yang membelasah Ultimate FC 5-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, manakala satu lagi pasukan Jerantut FA selepas menumpaskan JBFA 3-0 dalam saingan di Stadium Tun Abdul Razak.
Memuatkan artikel berkaitan…
Undian pusingan ketiga bakal berlangsung Khamis ini, dengan aksinya pada 16 dan 17 April ini.- UTUSAN ONLINE











