Kelantan tersingkir dari saingan Piala FA - Utusan Malaysia

Kelantan tersingkir dari saingan Piala FA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 2 April – Selangor mara ke pusingan ketiga Piala FA 2019 selepas menyingkirkan Kelantan 3-0 pada aksi yang berlansung di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.

Kelantan selaku tuan rumah gagal menyekat kemaraan Selangor apabila pelawat dilihat lebih banyak mendominasi perlawanan pada babak pertama menyaksikan anak buah Marko Kraljevic terpaksa bertahan.

Pelawat memperoleh jaringan pertamanya pada minit ke-62 menerusi Mohd. Syazwan Zainol yang tenang menyempurnakan hantaran silang Sandro Da Silva untuk gol pertama.

Memuatkan artikel berkaitan…
PENYERANG Selangor, Mohd Syazwan Zainon (kanan) memeluk rakannya, Sandro Da Silva Mendonca
PENYERANG Selangor, Mohd Syazwan Zainon (kanan) memeluk rakannya, Sandro Da Silva Mendonca 

Selangor terus berpesta selepas itu apabila Mohd. Faiz Nasir menambah derita tuan rumah dengan meledakkan dua jaringan pada minit ke-65 dan 87 seterusnya memastikan Red Giant mara ke pusingan seterusnya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini