[VIDEO]Lelaki curi kereta dicekup polis - Utusan Malaysia

[VIDEO]Lelaki curi kereta dicekup polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG 2 April – Seorang lelaki berusia 20-an dicekup di Kampung Bakat, Gual Periok dekat sini pagi tadi menerusi Op Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi membantu siasatan berhubung curi kenderaan.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdullah Mohammad Piah berkata, lelaki tersebut ditahan kira-kira pukul 11.30 pagi bersama sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipercayai kenderaan curi berpandukan kepada hasil pemeriksaan.

“Pemeriksaan lanjut mendapati kereta itu telah hilang pada 30 November tahun lalu di Wakaf Bharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lelaki ini kita reman selama seminggu bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut,” katanya pada sidang akhbar Op Lejang di sekitar Rantau Panjang di sini hari ini.

Terdahulu Abdullah bersama 50 anggota dan lapan pegawai telah turun padang melakukan pemeriksaan di beberapa buah bengkel di sekitar Gual Periok, Baroh Piah, Kubang Kuar, Bukit Pak Junoh dan Bukit Tandak.

Abdullah memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 397 (A) Kanun Keseksaan.

“Kita akan terus lipat gandakan operasi dalam usaha mengekang masalah curi kenderaan di daerah ini.

“Dalam Op Lejang ini kita telah periksa 45 buah kereta, 54 buah motosikal dan 18 buah lori serta sembilan buah bengkel,” ujarnya.

Abdullah berkata, seramai 77 individu telah disoal siasat sepanjang Op Lejang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini