Bernardo harapan baharu Guardiola - Utusan Malaysia

Bernardo harapan baharu Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER 2 April – Pep Guardiola kini menaruh harapan besar kepada Bernardo Silva untuk membantu Manchester City menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dengan kejayaan besar.

Tidak menafikan sumbangan besar Bernardo berikutan ketiadaan Kevin de Bruyne ekoran kecederaan, Guardiola, yang musim ini sedang memburu empat trofi itu percaya, pemain antarabangsa Portugal tersebut adalah pilihan wajib berada dalam kesebelasan utama.

“Apa yang Bernardo lakukan musim ini adalah kesan daripada caranya memainkan peranan yang diberikan secara positif. Dia sentiasa bekerja keras sekaligus mendapat balasan yang setimpal.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dengan cara dia bermain ketika ini, saya tiada pilihan selain kerap menurunkannya dan membiarkan dia beraksi.

“Dia amat penting buat kami sekarang. Apa yang dia buat untuk kami adalah yang terbaik setakat ini,” kata Guardiola tentang pemain berusia 24 tahun yang dibeli daripada Monaco dua tahun lalu.

Selain sedang berusaha mempertahankan kejuaraan liga dengan Cardiff City pasukan terbaru yang akan ditentangnya esok, City juga sudah layak ke separuh akhir Piala FA dengan menentang Brighton pada Ahad ini.

Dengan Piala Liga sudah pun berada dalam genggaman, satu lagi trofi yang menjadi buruan Guardiola musim ini adalah Liga Juara Juara Eropah di mana City sudah pun sampai ke suku akhir dan bakal menentang Tottenham Hotspur untuk aksi pertama minggu depan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini