Bukan masa rehatkan Messi - Utusan Malaysia

Bukan masa rehatkan Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BARCELONA 2 April – Jurulatih Barcelona, Ernesto Valverde menegaskan bukan masa sesuai untuk merehatkan penyerangnya, Lionel Messi ketika ini memandangkan senario semasa di peringkat genting.

Katanya, situasi kini tidak sesuai untuknya berbuat demikian walaupun pemain antarabangsa Argentina berusia 31 tahun itu dikatakan perlu berehat seketika demi kecergasan dan mentalnya.

Ini berikutan tuga perlawanan penting menanti Barcelona dalam tempoh lapan hari ini iaitu menentang Villarreal di tempat lawan esok diikuti bertemu Atletico Madrid pada Sabtu untuk aksi La Liga dan menentang Manchester United pada Rabu depan untuk aksi suku akhir pertama Liga Juara Juara di Old Trafford.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menganggap pentingnya perlawanan ini,” kata Valverde merujuk aksi menentang Villarreal walaupun ramai yang lebih memberi tumpuan kepada aksi menentang Atletico dan United.

“Kita lihat nanti Leo macam mana esok kerana tiga mata perlu diraih di situ dan dengan Atletico. Ia masa terbaik untuk menang memandangkan pencabar lain hanya tunggu kami tercicir mata sahaja.

“Mereka tidak boleh diberi peluang untuk mengejar kerana masih ada baki sembilan perlawanan lagi musim ini. Jika kami mampu menang enam daripadanya, kami sudah boleh bergelar juara liga,” katanya.

Ketika ini Barcelona 10 mata di depan Atletico yang menghuni tangga kedua liga diikuti Real Madrid yang ketinggalan 12 mata di belakang.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini