SPR, UNDP jalin kerjasama mereformasi tadbir urus pilihan raya - Utusan Malaysia

SPR, UNDP jalin kerjasama mereformasi tadbir urus pilihan raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah mengadakan satu perjanjian dengan United Nations Development Programme (UNDP) untuk menambah baik pengurusan operasi pilihan raya di negara ini.

Pengerusinya, Azhar Azizan Harun berkata, perjanjian yang ditandatangani hari ini merupakan satu dokumen projek yang bertajuk Sokongan Reformasi Pilihan Raya Malaysia yang berkuat kuasa bermula April tahun ini sehingga Disember 2020.

Jelasnya, ia merupakan sebuah projek di bawah naungan Country Programme Action Plan 2016-2020 antara Kerajaan Malaysia dan UNDP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia selaras dengan Tonggak 1, Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), iaitu mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam.

“Kerjasama ini melibatkan perkongsian kos sebanyak RM6.4 juta yang sebahagian besarnya disediakan oleh UNDP dan selebihnya oleh pihak kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhar, melalui kerjasama itu, UNDP akan memberi bantuan dan khidmat konsultansi teknikal kepada SPR khususnya dalam proses penambahbaikan daftar pemilih serta pembangunan kapasiti melalui program Building Resources in Democracy, Governance and Elections (Bridge).

Tambahnya, program kolaborasi itu akan memperkukuhkan fungsi SPR dan memberikan faedah kepada keseluruhan pengurusan operasi pilihan raya agar lebih telus, diyakini bersih dan adil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini