KESEDARAN. Seramai 120 penduduk perumahan di Jalan Kemboja 4C, Bukit Sentosa, Hulu Selangor menyertai program ceramah keselamatan kebakaran dan demonstrasi alat pemadam api baru-baru ini.
Program yang dianjurkan bersama dengan pasukan Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor tersebut bertujuan memberikan kesedaran serta persediaan kepada penduduk mengenai asas-asas keselamatan mengawal kebakaran.
Ceramah tersebut disampaikan oleh Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Hulu Selangor, Rosdi Shafie.
Memuatkan artikel berkaitan…











