Prabowo mahu amal pemerintahan tanpa rasuah - Utusan Malaysia

Prabowo mahu amal pemerintahan tanpa rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 2 April – Calon Presiden (capres) nombor dua, Prabowo Subianto berjanji akan mengamalkan pemerintahan yang bebas daripada rasuah sekiranya memenangi pilihan raya Presiden (Pilpres) pada bulan ini.

Lapor Republika.co.id, untuk mencapai hasrat berkenaan, beliau akan memilih orang yang cerdas, pintar dan menyokong visi bagi membangunkan pemerintahan yang bersih daripada rasuah untuk menjadi menteri Kabinetnya.

Menurut Prabowo, mereka yang dilantik menjadi menteri Kabinet perlu bersedia untuk menandatangani surat perjanjian yang akan diumumkan kepada rakyat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Selain itu, mereka juga perlu bersedia bekerja untuk rakyat dan berjanji tidak akan menggunakan jabatannya bagi kepentingan peribadi, keluarga atau kenalannya.

“Kalau tidak bersedia menandatangani surat berkenaan, saya tidak akan melantik mereka,” kata Prabowo ketika memberi ucapan sewaktu kempen terbuka di gelanggang olahraga Satria Purwokerto semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini