Sesuaikah STEM? - Utusan Malaysia

Sesuaikah STEM?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
APABILA
ahli politik, pemimpin perniagaan dan ahli akademik bercakap tentang mendidik untuk masa depan, maka ramailah yang menyentuh tentang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM). Walau bagaimanapun, desakan dan tumpuan yang banyak diberikan terhadap STEM di sekolah dan unjuran agar lebih ramai orang menerima latihan dalam STEM menjana risiko yang perlu kita beri perhatian.

Mendidik orang untuk pekerjaan mungkin memberi mereka kemahiran dan pengetahuan. Tetapi ketika pendidikan hanya terbatas kepada latihan, kita akan menutup pemikiran siswa untuk hal-hal yang mungkin tidak diterjemah ke dalam pekerjaan.

STEM dan semua yang ditawarkannya tidak boleh semata-mata memberikan pendidikan seperti itu. Mereka yang berpengetahuan luas dan berkemahiran teknikal tidak dapat menangani pelbagai masalah membara yang kita hadapi hari ini dan mungkin tidak menyampaikan kepada generasi akan datang. Malah STEM mungkin akan berisiko memburukkan keadaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tetapi apa yang sedang diteliti sekarang adalah sama ada sistem pendidikan yang berintensif teknologi menjadikan mereka lengkap untuk melakukan pekerjaan yang dihadapi sekarang. Teknologi lebih baik bukanlah kelebihan utama.

Kita juga perlu kepada ciri-ciri watak yang cenderung ke arah berfikir di luar diri dan menerima perhubungan dan tanggungjawab kepada orang lain. Ini tentunya tidak dihasilkan daripada STEM.

GURU PRIHATIN

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini