Mayat ditemui dalam bungkusan plastik - Utusan Malaysia

Mayat ditemui dalam bungkusan plastik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Satu mayat orang dewasa ditemui dalam plastik hitam dibuang di tepi sebuah kedai di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara dekat sini hari ini.

Mayat yang dipercayai lelaki itu dikatakan ditemui oleh individu yang melakukan kerja pembersihan di hadapan sekolah itu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Ismadi Borhan berkata, polis menerima maklumat orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan berbungkus dengan plastik warna jernih dan kain selimut sebelum dimasukkan ke dalam plastik hitam itu pada pukul 11.10 pagi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa dipercayai orang dewasa dan pasukan forensik telah dipanggil untuk membuat siasatan lanjut, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat dihantar ke Hospital Serdang dan sebarang maklumat mengenai mayat itu akan dimaklumkan esok selepas proses bedah siasat.

Polis kini mencari individu yang menemui mayat itu dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan, katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini