Polis Kota Kinabalu tahan tujuh PATI - Utusan Malaysia

Polis Kota Kinabalu tahan tujuh PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 1 April – Polis menahan tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi cegah jenayah, semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi bermula pukul 5 petang hingga 11 malam itu dijalankan di tujuh lokasi sekitar Kota Kinabalu.

“Tumpuan lokasi operasi dijalankan adalah kawasan bandaraya bagi membendung kadar pertumbuhan pendatang tanpa izin yang boleh mengundang kepada kegiatan jenayah di daerah ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, mereka yang ditahan termasuk dua wanita berumur antara 19 hingga 55 tahun akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Jelasnya, operasi berkenaan turut dibantu oleh agensi lain termasuk Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen.

“Orang ramai dialu-alukan untuk menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau melalui Facebook Polis Kota Kinabalu dalam usaha untuk membanteras jenayah, PATI dan gejala sosial di Kota Kinabalu,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini