[VIDEO] Keluarga tidak pernah putus asa ikhtiar, doa Acap kembali - Utusan Malaysia

[VIDEO] Keluarga tidak pernah putus asa ikhtiar, doa Acap kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOPENG – Ahli keluarga Mohammad Ashraf Hassan, 29, seorang peserta Gopeng Ultra Trail 2019 yang hilang sejak 23 Mac lalu tidak pernah berputus asa dalam usaha mencari dan mengembalikan semula mangsa ke pangkuan keluarga. 

Abang kedua mangsa, Mohd. Zahiruddin Hassan, 35, berkata, ahli keluarga sememangnya akan sedaya upaya ikhtiar mencari mangsa yang lebih mesra dipanggil Acap itu melalui pelbagai cara termasuk kaedah perubatan Islam.

“Pengharapan kami tidak pernah pudar dalam misi pencarian ini dan kami berharap sangat dia dapat kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ramai pihak menawarkan khidmat perubatan Islam dengan menyatakan Acap masih ada dengan mengaitkan keadaannya berada di pokok, batu serta sungai dan kami anggap ia sebagai salah satu ikhtiar untuk mencari Acap,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Tambah Mohd. Zahiruddin, dia mengakui telah memuat naik beberapa rakaman video mengenai ahli keluarga dan ibunya yang memanggil Acap di Gua Tempurung semalam.

Video berkenaan tular di media sosial sejak semalam. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini