Islam tak tekan subahat dengan penyamun - Mukhriz Mahathir - Utusan Malaysia

Islam tak tekan subahat dengan penyamun – Mukhriz Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 1 April – Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hairan dengan sikap Pas yang sanggup mengenepikan soal integriti semata-mata mahu bekerjasama dengan UMNO yang diketahui sebagai perompak.

Dalam masa sama, beliau juga menyifatkan kerjasama UMNO-Pas yang kononnya atas istilah perpaduan ummah adalah untuk kepentingan politik semata-mata.

Katanya, malah kedua-dua parti itu sering kali melaungkan ungkapan perpaduan ummah selain menggunakan isu-isu sensitif dan menanam kebencian terhadap rakyat demi untuk meraih keuntungan politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kedua-dua parti ini (UMNO dan Pas) tiba-tiba bersama menerusi apa yang disebut sebagai perpaduan ummah. Kita suka penyatuan orang Melayu dan tidak mahu bersengketa sesama sendiri tetapi persoalannya apakah niat di sebalik kerjasama tersebut (Pas dan UMNO)?

“Perpaduan ummah ini syarat paling besar ialah niat, niat kena betul iaitu bersatu untuk apa? Perpaduan yang kita impikan adalah untuk kebaikan umat dan bukannya bersatu dengan orang yang tidak mempunyai sifat mulia. Hendak bersatu padu, tengoklah orang dulu,” katanya ketika berucap pada majlis pidato pimpinan PH di Kampung Teluk, Bukit Besar, malam tadi.

Tambah beliau, satu dunia tahu kerosakan yang dilakukan UMNO iaitu mencuri duit rakyat, namun Pas boleh menggangap tindakan itu seperti tiada apa-apa, malah boleh bekerjasama dengan mereka.

“Mereka (Pas) boleh tutup sebelah mata soal integriti ini untuk bersekongkol dengan UMNO. Islam tak tekankan subahat dengan penyamun.

“Apa yang mereka lakukan sekarang adalah salah guna istilah perpaduan ummah tetapi niat sebenarnya adalah politik semata-mata,” katanya yang juga Menteri Besar.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini