KUALA LUMPUR 1 April – Pengasas produk Putih Gebu DBella, Izubiela yang persis mirip patung Barbie, sekali lagi menarik perhatian warga net apabila foto yang dimuatnaiknya di laman sosial Instagram disangkakan kek patung.
Foto yang sama juga dimuat naik di Facebook miliknya turut menarik perhatian netizen yang tertanya-tanya, apakah gambar tersebut gambar manusia atau pun imej kek patung Barbie.
Izubiela yang mengenakan pakaian konsep ball gown skirt berona warna hijau zamrud bukan sahaja mengagumkan orang ramai kerana gaun yang dipakainya amat cantik tetapi juga raut wajah beliau persis anak patung Barbie membuat wanita ini sering menjadi perhatian.
Terdahulu, Izubiela pernah tular dengan Barbie – Susuk 1 juta yang mana produk penjagaan kulit yang diasaskanhya, Skincare and Izubiela 5th Whitening Booster mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengguna.
Dalam banyak-banyak hantaran atau komen yang diterima oleh Izubiela, pelakon dan pengacara, Zoey Rahman adalah antara mereka yang meninggalkan komen di ruangan entri Instagram @izubielazaffmarekan.
“Ingatkan patung kek,” kata Zoey dalam ruangan komen.
Ada juga yang membuat hantaran melalui ruangan komen yang berbunyi, Bukan nak cakap apa la. Memang cantik sangat. Geram tengok Kak Barbie ni. Memang sayang nak potong kek macam ni. Lagi-lagi ada Barbie Izubiela kata atas kek tu.”
Selain komen atau hantaran-hantaran yang mencuit hati, Izubiela memberitahu, apa yang dilakukannya ini adalah sebagai strategi pemasaran produk Puteh Gebu DBella.
“Saya mempunyai cara tersendiri untuk memasarkan produk Skincare and Izubiela 5th Whitening Booster kepada orang ramai khususnya kepada pengguna di luar sana.
“Kaedah atau pendekatan kali ini bukan sahaja unik tetapi dapat menarik perhatian orang ramai dengan cara yang positif,” katanya yang menyedari, penggunaan platform Media Sosial banyak membantu mengembangkan perniagaan yang diusahakannya.
Tahun lepas, selain tular Susuk 1 Juta, Izubiela juga tular dengan kisah Barbie Masuk Pasar.
Tidak kurang yang mengutuk Kek Patung Izubiela di IG kerana ada yang beranggapan, perbuatan memuat naik gambar Izubiela adalah untuk menipu dan menjadi twitfemes.
Bagaimanapun, ada yang mempertahankan tindakan Izubiela dengan menyatakan, ia sekadar suka-suka sahaja.
“Korang ni baru kenal twitter ke?” kata #232 @aquagirl dan Abang Dodol @dodolism pula menyambung, “takpe, baru main tu.”
Hantaran _kimmyyy_ @MiLaChica berbunyi begini, “Haha…baru main ke lama main ke jangan la batak rt sgt.” – UTUSAN ONLINE











