Usaha keras Sabah berbaloi - Utusan Malaysia

Usaha keras Sabah berbaloi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 31 Mac – Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating mengakui, kerja keras anak-anak buahnya dalam latihan dan diterjemahkan dalam setiap perlawanan menyaksikan mereka kini menerajui takhta Liga Perdana.

Jelasnya, turut memuji komitmen dan semangat tinggi yang dipamerkan ketika melakar kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang meskipun menerima tentangan sengit daripada pasukan pelawat di Stadium Likas semalam.

“Mereka (pemain) bukan saja bekerja keras pada malam ini (semalam) tetapi juga dalam setiap sesi latihan dan mereka telah membuktikan ia membuahkan hasil selepas mencatatkan kemenangan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami harap momentum ini akan diteruskan dalam aksi-aksi akan datang kerana kami mahu mengutip sebanyak mata yang boleh bagi mengukuhkan kedudukan.

“Sebenarnya, kami juga mampu untuk mendapatkan lebih daripada dua gol tetapi bagi saya, jumlah gol itu tidak begitu penting kerana apa yang lebih penting ialah memenangi perlawanan dan mengutip tiga mata,” katanya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Sementara itu, pengendali Pulau Pinang, Kamal Khalid berkata, kegagalan pemainnya menggunakan peluang yang ada adalah antara faktor mereka tewas.

“Bagi saya, perlawanan agak seimbang, namun bezanya Sabah menggunakan setiap peluang yang ada manakala Pulau Pinang sebaliknya. Banyak menyerang, perlawanan akan datang kami akan bangkit.

“Ada dua faktor kekalahan kami. Yang pertama, kami tidak mengambil peluang yang ada dan kedua, kelemahan pengadil tidak membenarkan gol kedua lawan sehingga melemahkan semangat kami,” katanya.

Kemenangan itu menyaksikan Sabah menghuni tangga teratas liga dengan 14 mata daripada empat kemenangan, dua seri dan satu kekalahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini