Mukhriz dilantik Pengerusi MADA - Utusan Malaysia

Mukhriz dilantik Pengerusi MADA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JITRA 31 Mac – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berkuat kuasa 1 Mac lepas.

MUKHRIZ TUN DR. MAHATHIR

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, pelantikan Mukhriz dibuat setelah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“MADA adalah institusi yang sangat penting dalam pembangunan padi beras negara, pihak kementerian telah membuat beberapa keputusan penting bagi memastikan pembangunan MADA untuk tingkatkan hasil padi negara.

“Sebagai Menteri Besar Kedah kami berpandangan pada masa ini, beliau (Mukhriz) paling sesuai memimpin MADA,” katanya kepada pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melawat Oblong Burger Manufacturing Facility di Kampung Cherok Mokkan dekat sini, petang ini.

Beliau berkata, pelantikan menteri besar sebagai pengerusi lembaga itu juga dilihat akan dapat mengurangkan isu berkaitan birokrasi di samping mempercepatkan sebarang penyaluran bantuan.

Sebelum ini, Pengerusi MADA ialah Datuk Othman Aziz. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini