PRK Rantau: Baju-T ‘Bossku’ ada dijual - Utusan Malaysia

PRK Rantau: Baju-T ‘Bossku’ ada dijual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU – Baju-T ‘Malu Apa Bossku’ yang laris terjual semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada Februari lalu turut dijual dalam PRK DUN Rantau.

Peniaga baju-T ‘Malu Apa Bossku’, Ali Nasution, 20, berkata, beliau berharap jualan baju yang cuma berharga RM5 sehelai itu di DUN Rantau dapat menyamai jualan dicatatkan semasa PRK DUN Semenyih.

“Buat masa ini saya dapat jual lebih 100 helai sehari mungkin kerana kempen PRK DUN Rantau baru bermula hari ini (semalam). Semasa di Semenyih kami pernah catat jualan 2,000 helai hanya dalam tempoh dua jam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya jual baju-T ‘Malu Apa Bossku’ ini bersama adik beradik. Kami buka tiga gerai jualan baju-T ‘Malu Apa Bossku’ di Rantau sempena PRK DUN Rantau,” katanya ketika ditemui Kosmo! berhampiran Dataran Rantau di sini hari ini. 

Sebutan ‘Malu Apa Bossku’ mula menjadi sebutan popular selepas video pendek yang tular di Facebook menampilkan seorang pemuda merakam video bersama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pemuda tersebut kedengaran menyebut ‘Bossku’ dan disambut oleh Najib dengan menyebut, ‘Malu Apa Bossku’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini