Slogan 'Bossku' idea rakyat - Utusan Malaysia

Slogan ‘Bossku’ idea rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM – Kebangkitan rakyat melalui fenomena ‘Bossku’ yang melanda seluruh negara diilham, dirancang dan dilaksanakan sendiri oleh rakyat.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, fenomena itu amat diminati terutama di kalangan golongan muda kerana hasil cetusan idea daripada rakyat.

“Justeru itu, kalau ia (Bossku) datang dari kerajaan tidak akan dapat sambutan namun jika dari rakyat dan akar umbi tiada siapa boleh menghalang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Rakyat kini sudah mula merasai bebanan kos sara hidup dalam tempoh 10 bulan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memerintah,” katanya ketika berucap pada Program Sabak Bernam Bersama Bossku di Dataran berhampiran Bangunan UMNO Bahagian Sabak Bernam, di sini hari ini.

Jelas beliau, ini berikutan rakyat bila janji PH untuk menurunkan harga minyak, tol dihapuskan serta pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Terdahulu, program tersebut mendapat provokasi daripada kira-kira 20 individu dipercayai dari penyokong Pakatan Harapan (PH).

Najib menerusi hantaran di dalam Facebook miliknya menjelaskan orang PH (Pakatan Harapan) cuba lagi untuk melakukan provokasi semasa sarapan pagi di Selangor sama seperti penyokong kerajaan yang membuat membuat provokasi di sebuah restoran dekat Universiti Malaya (UM) dua minggu dahulu.

“Saya makan nasi campur pun PH tak senang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini