PASIR GUDANG 31 Mac – Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang dalam perancangan menubuhkan Jawatankuasa Kebangsaan Pengurusan Sisa-sisa Toksik dan Pembuangan Terjadual.
Ketua Pengarah JAS, Datuk Dr. Ahmad Kamarulnajuib Che Ibrahim berkata, pihaknya sedang menyediakan draf sebelum diserahkan kepada Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim dalam masa terdekat.
“Fungsi penubuhan jawatankuasa berkenaan adalah bagi membuat keputusan berkaitan isu pengurusan sisa toksik pada masa depan,” katanya dalam sidang akhbar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih di sini sebentar tadi.
Yang turur hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd. Salleh
dan Pengarah JAS negeri, Datuk Dr. Mohammad Ezanni Mat Salleh.
Pencemaran toksik di Sungai Kim Kim sejak 7 Mac lalu menjejaskan hampir 6,000 penduduk
termasuk pelajar hingga memaksa 111 sekolah di sini ditutup. – UTUSAN ONLINE











