Pencemaran toksik: Mereka yang trauma diberi kaunseling - Utusan Malaysia

Pencemaran toksik: Mereka yang trauma diberi kaunseling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 31 Mac – Guru, pelajar dan kakitangan sekolah di sekitar Pasir Gudang yang masih trauma dengan kejadian pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim awal bulan ini, akan diberikan kaunseling mulai esok.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, program tersebut akan dijalankan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Psikatrik Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan pihak sekolah terlibat.

Menurutnya, penyediaan kaunseling di peringkat pasca bencana itu adalah bertujuan untuk membantu mereka yang masih trauma.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiada tempoh masa tertentu ditetapkan untuk kaunseling itu, namun, buat permulaan, ia dilakukan dalam dua hingga tiga minggu ini mengikut tahap trauma murid, guru atau kakitangan terlibat,” katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Penutup Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Masyarakat dan pemimpin Pakatan Harapan Simpang Renggam di sini.

Terdahulu, Maszlee yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam turut membuat tinjauan pasca bencana pencemaran sisa toksik di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 1, Pasir Gudang. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini