Misteri bau busuk terungkai - Utusan Malaysia

Misteri bau busuk terungkai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 31 Mac – Misteri bau busuk di sebuah rumah di Bayan Baru di sini terungkai dengan penemuan mayat seorang jurutera yang ditemukan maut di dalam bilik rumah sewanya hari ini.

Mayat Ooi Boon Kuan, 29, ditemukan kira-kira pukul 10 pagi hari ini selepas pemilik rumah berkenaan membuat laporan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah berhubung kematian mangsa yang dipercayai meninggal dunia sejak beberapa hari lalu dipercayai akibat sakit jantung.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum kematiannya, mangsa ada mengadu sakit perut dan telah mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Bayan Baru di sini.

“Mangsa menyewa di sebuah rumah bersama tujuh penyewa lain namun tinggal berasingan bilik,”katanya di sini hari ini.

Menurut Anbalagan kes berkenaan. diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Anbalagan berkata, mayat dibawa ke Hospital Balik Pulau untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini