Sarri puji peningkatan Barkley - Utusan Malaysia

Sarri puji peningkatan Barkley

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 31 Mac – Pengendali Chelsea, Maurizio Sarri memuji persembahaan Ross Barkley dan menyifatkan pemain sudah menunjukkan peningkatan positif dalam permainan bertahannya.

Barkley tiba di Stamford Bridge pada Januari 2018 daripada Everton tetapi tidak banyak beraksi kerana berdepan masalah kecederaan pada musim pertamanya.

Pemain itu beraksi cemerlang musim ini dengan membuat 40 penampilan dalam semua pertandingan bersama skuad Sarri dan menunjukkan perkembangan positif dengan menjaringkan dua gol ketika membantu England menang 5-1 ke atas Montenegro dalam saingan kelayakan Euro 2020.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sarri percaya pemain berusia 25 tahun itu mampu menjadi pemain tengah lengkap.

“Dia banyak menunjukkan peningkatan secara taktikal selain fizikal.

“Dia semakin baik musim ini dan mampu menjadi lebih baik. Saya rasa permainan bertahannya juga semakin baik dan secara teknikalnya dia adalah pemain yang bagus.

“Di bahagian serangan, dia boleh menjaringkan tujuh atau lapan gol setiap musim. Sekarang ini di berada dalam fasa pertahanan tetapi bukan pemain tengah bertahan,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini