CANBERRA 31 Mac – Warganet mula menjalankan ‘siasatan’ apabila seorang nelayan di Australi berkongsi gambar penemuan bangkai seekor ikan jerung mako yang terpisah daripada kepalanya dalam media sosial miliknya.
Portal RT melaporkan, Jason Moyce yang menggunakan akaun Trapman Bermagui memuat naik beberapa gambar ikan jerung mako seberat 550 paun (249 kilogram) yang cacat yang ditangkap oleh pekerjanya di New South Wales, Rabu lalu.
“Jadi inilah semua yang kami perolehi daripada raksasa mako. Malangnya, kami tidak melihat apa yang memakannya namun mesti menarik!,” kata Moyce dalam status yang dimuat naik,
Tambahnya, bahagian kepala sahaja mencecah 200 paun (91 kilogram).
‘Penyiasat’ Facebook mendakwa, jerung ‘Great White’ yang cenderung memburu dalam kumpulan mungkin telah mencarik mako. -AGENSI











