Teknologi siber, aeorangkasa fokus LIMA‘21 - Utusan Malaysia

Teknologi siber, aeorangkasa fokus LIMA‘21

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI 30 Mac – Bidang teknologi siber dan aeroangkasa adalah antara fokus utama dalam Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi 2021 (LIMA’21) dalam mempertingkatkan aspek tersebut di negara ini.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, cada­ngan itu akan dimasukkan dalam Kertas Putih Pertahanan sebagai usaha me­lonjakkan kemampuan negara dalam bidang teknologi siber dan aeroangkasa.

“Saya lihat pelbagai ciptaan baharu rakyat Malaysia termasuk menggunakan laser untuk memotong kelapa sawit dengan mengawalnya menggunakan dron dan itu merupakan perkara menarik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita berbangga dengan pencapaian rakyat Malaysia yang mempunyai kemam­puan ke tahap antarabangsa. Kita ada Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (Stride).

“Jadi kita letakkan penekanan dalam bidang tersebut nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), di sini hari ini.

Sebanyak 121,557 kehadi­ran pengunjung berjaya dicatatkan sepanjang berlangsungnya LIMA’19 yang berakhir hari ini.

Bagi jumlah pelawat per­dagangan pula berjaya mencatatkan jumlah seba­nyak 42,030.

Dalam perkembangan lain, Mohamad berkata, dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) masih belum diumumkan kerana terdapat masalah pentadbiran daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

“Terlalu banyak akaun yang tidak menunjukkan keadaan sebenar. Jadi kita perlu semak terlebih dahulu. Kita tahu Kementerian Pertahanan juga antara agensi yang disiasat di bawah Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Ambrin Buang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini