Kalau sebut mengenai seksi ni, kadangkala susah nak diukur sejauh mana seksinya seseorang itu. Iyalah, seksi ni berdasarkan mata dan pandangan masing-masing.
Ada orang, melihat wanita memakai baju kurung pun dia boleh kata seksi sedangkan pakaian itu sudah cukup sopan dalam masyarakat Melayu.
Jadi bila timbul isu mendakwa pelakon Janna Nick kini semakin seksi, Mary pun tak tahu bahagian mana yang seksinya itu.
Kalau melihat pada perwatakan Janna, semua orang tahu pelakon muda ini seorang yang lasak dan berperwatakan ala tomboi.
Baru-baru ini apabila Janna berkongsi sekeping gambar yang memaparkan dia sedang melakukan aktiviti rock climbing. Ramai pula yang tertarik dengan perkongsian tu dari sudut berbeza.
Macam mana tu? Tengah buat aksi lasak pun dikatakan seksi. Agaknya itulah lumrah wanita yang punya banyak sebab untuk selalu menjaga aurat.
Manakala lelaki pula terzahir fitrah mereka yang gagal mengawal nafsu menepis pandangan berbentuk seksual.
Turut menerima komen nakal daripada kelompok teman artis lelaki dalam industri, Janna nampaknya tidak pula memadam komen mereka.
Mary rasa, Janna pun sengaja buat begitu dan secara tak langsung menunjukkan sisi sebenar mereka di mata umum, betul tak? Sekarang siapa yang nampak buruk?
Cuma tak sangka juga bila membaca komen artis yang nampak alim dan warak ni, boleh tahan miang. Aib!











