IPOH – Pengguna yang memiliki dan masih menyimpan ubat darah tinggi dikesan mengandungi bahan aktif losartan diminta tidak panik, sebaliknya memulangkannya kepada pembekal, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye.
Beliau berkata, pembekal tidak boleh menjual ubat tersebut selepas Kementerian Kesihatan menggantung pendaftaran tujuh produk ubat-ubatan yang dikesan mengandungi bahan tersebut bermula 7 Mac lepas.
“Ubat tersebut untuk jangka masa panjang boleh menyebabkan karsinogernik, tetapi tidak ada kesan untuk jangka masa pendek. Pengguna yang sudah makan jangan panik, cuma pulangkan ubat tersebut kepada pembekal supaya boleh dapatkan gantian ubat tersebut untuk jenama lain.
“Ubat losartan ini mempunyai banyak jenama tetapi yang terlibat cuma beberapa jenama kerana tercemar dengan bahan tidak diingini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia peringkat negeri di sini hari ini.
Tujuh produk yang digantung ialah LOSAGEN 50 (Losartan Potassium Tablets 50mg), LOSAGEN 100 (Losartan Potassium Tablets 100 Mg), Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg), Losartas 50mg Tablets (Losartan Potassium Tablets 50mg). – Bernama











