UniSZA universiti pertama pantai Timur adakan Persidangan Parlimen Mahasiswa - Utusan Malaysia

UniSZA universiti pertama pantai Timur adakan Persidangan Parlimen Mahasiswa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 29 Mac – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hari ini melakar sejarah sebagai universiti pertama di pantai Timur yang mengadakan Persidangan Parlimen Mahasiswa.

Persidangan yang julung kali diadakan itu memberi peluang kepada kalangan pemimpin pelajar menyuarakan pendapat mereka secara berhemah di samping menjadi platform dalam menyalurkan idea dan cadangan kepada pihak pengurusan universiti.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UniSZA, Prof. Madya Dr. Mohd. Afandi Salleh berkata, kalangan pemimpin pelajar digesa bersama-sama membahaskan input berkaitan akta baharu pendidikan tinggi negara selaras dengan aspirasi Kementerian Pendidikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tunjang pendidikan dapat ditingkatkan jika tiga tonggak iaitu adab, patriotik dan manusiawi digenggam kemas oleh pelajar,” katanya di sini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini