PHN terima Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Teknologi - Utusan Malaysia

PHN terima Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Teknologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Anak syarikat milik penuh DRB-Hicom Berhad, PHN Industry Sdn. Bhd. (PHN) menerima pengiktirafan industri utama apabila memenangi Anugerah Kecemerlangan Pembangunan Teknologi di Majlis Persidangan Pembekal Tahunan Geely Auto 2019 yang diadakan di bandar Hangzhou di Wilayah Zheijiang, China.

Ketua Pegawai Eksekutif PHN, Shuhaida Nun berkata, pengiktirafan itu merupakan hasil usaha dan kecemerlangan berterusan dalam menyokong pendekatan perindustrian pembekal-pembekal Geely berdasarkan inisiatif kualiti, kos dan penyerahan (QCD).

“Kami amat berbangga untuk menerima anugerah ini daripada sebuah syarikat pengeluar automobil bertaraf antarabangsa seperti Geely Auto. Anugerah ini merupakan bukti terbaru kebolehan PHN serta Malaysia dalam menghasilkan komponen automotif berkualiti dengan piawaian antarabangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“PHN sentiasa komited dalam menghasilkan produk-produk berkualiti tinggi dan tahap inovasi telah berjaya dicapai secara konsisten menerusi pendekatan sistem integrasi kualiti secara menyeluruh dalam semua projek kami,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

PHN merupakan sebuah syarikat peneraju dalam pembuatan komponen automotif dengan barisan pelanggan seperti Honda, Proton Holdings Berhad (Proton), Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua), Volkswagen dan Toyota.

Syarikat juga terlibat dalam segmen bukan automotif dengan barisan pelanggan antarabangsa seperti Hitachi, Camfil, Ficosa, Steelcase dan Global Invacom.

PHN beroperasi menerusi kilang-kilang pengeluarannya di Shah Alam, Bukit Beruntung, Melaka, Subang Jaya, Pekan dan Tanjung Malim dengan bilangan pekerja berkemahiran tinggi sebanyak 2,400 orang.

Syarikat kini dalam proses mengembangkan perniagaannya untuk industri aeroangkasa, elektrikal dan rel. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini