Notis kekosongan kerusi Parlimen Sandakan dikemukan kepada SPR - Utusan Malaysia

Notis kekosongan kerusi Parlimen Sandakan dikemukan kepada SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md. Yusof telah mengemukakan notis kekosongan kerusi Parlimen Sandakan kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Dalam satu kenyataan, Mohamad Ariff berkata, ia berikutan kematian Ahli Parlimen Sandakan Datuk Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh semalam.

“Selaras dengan Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengemukakan suatu pemberitahuan bertarikh 29 Mac 2019 kepada Pengerusi SPR (Azhar Azizan Harun) bahawa anggota Parlimen Sandakan telah meninggal dunia pada 28 Mac.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selaras dengan Perkara 54 Fasal (1), pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kawasan P.186 Sandakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya.

Wong, 65, yang juga Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, meninggal dunia pada 12.15 tengah hari semalam di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu. 

Mendiang meninggalkan isteri, empat anak dan dua cucu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini