QUEBEC 29 Mac – Pihak berkuasa wilayah Quebec memperkenalkan undang-undang yang akan melarang pekerja sektor awam daripada memakai pakaian atau aksesori yang mempunyai simbol keagamaan sewaktu tempoh bekerja.
Undang-undang baharu itu dilihat menyasarkan golongan wanita beragama Islam yang memakai hijab ketika bekerja, selain turut melarang pemakaian salib dan topi kepala agama Yahudi.
Undang-undang itu yang diperkenalkan semalam dilihat bertentangan dengan prinsip Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau yang mempromosi kebebasan beragama. – AGENSI
Memuatkan artikel berkaitan…











