Scha ingin saman pengeluar produk pula - Utusan Malaysia

Scha ingin saman pengeluar produk pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Selepas menang kes tuntutan saman terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn. Bhd., pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya bakal mengambil tindakan terhadap pengeluar minyak wangi eksklusif, Blue dan Maroon iaitu Eree International. 

Scha atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkata, tindakan itu diambil kerana kelalaian syarikat itu yang menyebabkan kerosakan sejumlah 3,215 botol minyak wangi.

“Pihak guaman saya sudah menghantar notis peringatan terhadap syarikat pengeluar itu kira-kira dua bulan lepas namun sehingga kini, masih belum mendapat maklum balas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh itu, surat tuntutan untuk bertanggungjawab atas kelalaian kerosakan jumlah botol minyak wangi itu akan dihantar pula selepas ini,” kata Scha ketika ditemui Kosmo! pada sesi fotografi program Lagu Cinta Kita di sini sebentar tadi. 

Tambah Scha, 35, dia tidak sewenang-wenangnya ingin mengambil kesempatan untuk menyaman mana-mana syarikat demi mendapatkan keuntungan. 

“Tiada niat saya untuk mendapat keuntungan dengan mengambil tindakan undang-undang. Apa yang saya lakukan adalah untuk memberi kesedaran kepada golongan selebriti supaya berhati-hati bila terlibat dalam perniagaan. 

“Sebelum menjalankan atau terlibat dengan perniagaan perlu faham terma dan peraturan. Fahami dan baca kontrak agar perkara yang berlaku kepada saya dan suami tidak berulang kepada orang lain,” kata Scha. 

Rabu lalu, Scha dan suaminya, Awal Ashaari berjaya memperoleh ganti rugi sebanyak RM345,305 selepas Mahkamah Sesyen membenarkan tuntutan saman mereka terhadap syarikat D’Haja (M) Sdn. Bhd.

Saman berkenaan adalah berhubung pelanggaran kontrak pengedaran dan penjualan eksklusif 20,000 botol minyak wangi jenama Bleu dan Maroon oleh syarikat pembekal tekstil tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini