PBAKL 2019 sasar kehadiran 1.5 juta pengunjung - Utusan Malaysia

PBAKL 2019 sasar kehadiran 1.5 juta pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Penganjur Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2019 (PBAKL) 2019 yang membuka tirainya di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini yang bemula hari ini hingga 7 April depan menyasarkan jumlah kehadiran pengunjung sebanyak 1.5 juta

Pengarang Majlis Buku Kebangsaan Malaysia merangkap Pengerusi 1 Jawatankuasa Pengelola, Abd. Wahab Ibrahim berkata, jumlah berkenaan dijangka mampu mencecah 2.8 juta bersandarkan kepada pencapaian tahun sebelumnya seramai 2.6 juta.

“Angka berkenaan tidak mustahil untuk dicapai memandangkan musim cuti sekolah dan ibu bapa di sekitar Lembah Klang mungkin mengambil peluang keemasan untuk membawa ahli keluarga mereka ke sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bahkan ini adalah peluang bagi meluaskan capaian dalam mempromosikan objektif utama menjadi Ibu Kota Buku Dunia dengan memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Acara selama 10 hari ini menempatkan 700 buah gerai melibatkan lebih 200 penerbit tempatan dan antarabangsa termasuk Arab Saudi, Indonesia, Brunei dan Singapura.

Kumpulan Utusan menerusi Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd (UP&D) @ Tintarona Publication Sdn. Bhd. turut membuka ruang pameran buku di Dewan Tun Ismail sempena PBAKL dengan menawarkan tawaran hebat kepada pengunjung . – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini