Kerjasama Pas-MIC ibarat keluarga - Abdul Hadi - Utusan Malaysia

Kerjasama Pas-MIC ibarat keluarga – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan kerjasama di antara Pas dan MIC ibarat sebuah keluarga yang bersatu atas satu titik persamaan walaupun berbeza kaum.


PRESIDEN Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang – UTUSAN ONLINE

Menurutnya, setiap bangsa tidak boleh hanya hidup bersendirian dan mementingkan kaumnya sahaja sebaliknya perlu hidup saling tolong-menolong di bawah satu titik persamaan dan meraikan perbezaan.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Islam walaupun satu agama di dalamnya adalah cara hidup yang perlu dihormati dan dipertahankan bahawa manusia pelbagai bangsa ini adalah satu keluarga di dunia yang besar.


“Sepatutnya kita satu keluarga sebagaimana seorang diri tidak boleh hidup sendirian, mesti tolong-menolong begitulah satu bangsa dalam dunia ini tidak boleh hidup dengan bangsanya sahaja sebaliknya mesti tolong antara satu sama lain,”katanya seperti dilaporkan portal Harakahdaily.


Tambahnya, kerjasama di antara Pas, MIC dan UMNO bukanlah perkara baharu kerana ketiga-tiganya pernah bersama atas dasar titik persamaan suatu masa dahulu untuk menentang penjajah.


“Ekoran kaum India, Cina dan Melayu telah diperhambakan penjajah, Islam mengajar pemimpin sebagai satu keluarga telah membawa kepada perbincangan antara tiga kaum ini untuk bersama menentang penjajah.


“Kita sama-sama menuntut kemerdekaan. Ketika pilihan raya yang pertama, parti yang bertanding ialah Perikatan, UMNO, MIC, MCA dan Pas,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini