Peka, jaga sensitiviti umat Islam - Utusan Malaysia

Peka, jaga sensitiviti umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof diingatkan agar peka dan menjaga sensitiviti umat Islam dalam isu Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji).


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, Mujahid juga diingatkan agar tidak melupakan tujuan utama institusi itu ditubuhkan iaitu untuk menguruskan ibadah haji dalam rukun Islam yang kelima.


Menurutnya lagi, Seksyen 6(2) dan 11(3) Akta Tabung Haji 1995 amat jelas untuk memastikan institusi tersebut perlu dikendalikan oleh orang Islam.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Lantikan Prokhas Sdn. Bhd. mencerminkan sikap Mujahid yang sambil lewa dan lebih banyak berpolitik.


“Ini kerana Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), ProKhas iaitu Chen Yin Heng akan mentadbir aset Tabung Haji bernilai RM19.9 billion,” katanya dalam Facebook miliknya malam semalam.


Tambahnya, apabila seorang bukan Islam dilantik untuk menjadi CEO SPV yang mengendalikan harta Tabung Haji ia telah mengkhianati Akta Tabung Haji 1995.


“Saya pernah menjadi Menteri Agama dan bertanggungjawab ke atas Tabung Haji dan saya harap Mujahid jangan lupa amanah kepada 9.3 juta pendeposit Tabung Haji.


“Tidak adakah tokoh kewangan Islam yang layak untuk mengetuai SPV ini di mata Mujahid? Atau Mujahid minta nasihat dari Menteri Kewangan?,” soalnya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini