Halep hampiri ranking No. 1 dunia - Utusan Malaysia

Halep hampiri ranking No. 1 dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI – Jaguh dunia, Simona Halep semakin hampir merampas semula kedudukan ranking No. 1 dunia selepas mara ke separuh akhir dengan menumbangkan pemain ranking ke-18 dunia, Wang Qiang 6-4, 7-5 pada kejohanan Terbuka Miami, Amerika Syarikat (AS) awal pagi semalam.

Bagaimanapun, pemain Romania tersebut perlu mara ke final di Stadium Hard Rock, Miami pada Sabtu ini untuk memintas pemain ranking teratas dunia, Naomi Osaka walaupun bintang Jepun itu memenangi kejohanan utama keduanya pada Terbuka Australia awal tahun ini.

“Saya memulakan saingan dengan baik dan cuba bermain menggunakan strategi lebih te­ratur, namun Qiang mula bangkit pada set kedua.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jurulatih memberitahu saya supaya jangan terlalu tergesa-gesa dan mengawal perlawanan dengan lebih sabar. Bagi saya ia nasihat yang berguna apabila telah membantu saya meraih kemenangan hari ini (semalam),” kata Halep sejurus tamat perlawanan.

Sementara itu, jaguh Sepanyol, Roberto Bautista Agut yang melakukan kejutan de­ngan menumbangkan pemain No. 1 dunia kelmarin gagal mengekalkan momentum cemerlang apabila tewas kepada pemain Amerika Syarikat, John Isner 6-6, 6-7 pada peringkat suku akhir.

Hasil kemenangan tersebut, Isner akan berdepan pemain berusia 18 tahun dari Kanada, Felix Auger Aliassime selepas mengatasi pemain ranking ke-13 dunia, Borna Coric (Croatia).

– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini