ASB2 6.00 sen seunit, ASM 5.50 sen seunit - Utusan Malaysia

ASB2 6.00 sen seunit, ASM 5.50 sen seunit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 28 Mac – Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengagihkan pendapatan bagi dua dana harga tetap iaitu Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM), masing-masing sebanyak enam sen seunit dan 5.50 sen seunit.

Pengerusinya, Tan Sri Dr. Zeti Aziz berkata, pengagihan pendapatan itu melibatkan RM610.7 juta untuk ASB2 dan RM1.1 ­bilion untuk ASM.

Menurut beliau, pendapatan ASB2 akan diagihkan kepada 404,706 pemegang unit yang memiliki 10.4 bilion unit.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Setakat 28 Februari lalu, ASB2 merekodkan pendapatan bersih direalisasi berjumlah RM500 juta. Sementara itu, pendapatan ASM diagihkan kepada 541,758 pemegang unit merangkumi 19.5 bilion unit.

“ASM setakat 28 Februari lalu merekodkan pendapatan bersih direalisasi RM800 juta,” katanya dalam pembentangan prestasi kewangan PNB 2018 di sini hari ini.

Tambah Zeti, pengiraan pendapatan bagi ASB2 dan ASM adalah berdasarkan purata baki minimum yang dipegang sepanjang tahun bagi setiap dana.

“Pengagihan yang diisytiharkan oleh ASB2 dan ASM akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan ke dalam setiap akaun pemegang unit dan akan dikreditkan secara automatik kepada akaun pemegang unit pada 1 April ini,” ujarnya.

PNB turut mengumumkan agihan pendapatan untuk tiga dana harga berubah iaitu Ama­nah Saham Nasional (ASN) Equity 3 sebanyak 4.10 sen seunit, ASN Imbang 2 (4.20 sen seunit) dan ASN Sara 1 (lima sen seunit).

Kata Zeti, jumlah pengagihan ketiga-tiga dana itu melibatkan RM236.1 juta yang akan memberi manfaat kepada 220,188 pemegang unit.

“Pengiraan pengagihan pendapatan bagi ASN Equity 3, ASN Imbang 2 dan ASN Sara 1 berdasarkan baki yang dipegang pada akhir tahun kewangan se­tiap dana. Pengagihan yang diisytihar oleh dana harga berubah akan dilaburkan semula sebagai unit tambahan dalam akaun pemegang dan dikreditkan pada 1 April,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini