Penyamun tercicir kad pengenalan serah diri - Utusan Malaysia

Penyamun tercicir kad pengenalan serah diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 28 Mac – Mungkin menyedari diri sudah terperangkap, seorang penyamun yang tercicir kad pengenalan selepas mencuri telefon bimbit di sebuah premis di sini, kelmarin akhirnya menyerah diri kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew berkata, suspek berusia 38 tahun itu menyerah diri pada malam kejadian tersebut.

Katanya, suspek mengakui bahawa dia sudah tidak boleh lari selepas kad pengenalannya ditularkan oleh pemilik premis berkenaan di media sosial Facebook.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seolah-olah mengetahui bakal ditangkap atas kesalahan merompak, dia (suspek) tidak mahu menyusahkan diri dengan menyerah diri ke balai polis sebaliknya menunggu pihak polis menjemput di rumah.

“Kita menahan lelaki itu di sebuah rumah di Mata Ayer mengikut alamat tertera pada kad pengenalannya yang tercicir itu dan suspek memberikan kerjasama sepenuhnya,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin Utusan Malaysia melaporkan nasib tidak menyebelahi seorang perompak apabila kad pengenalannya tercicir meskipun berjaya melarikan diri selepas mencuri telefon bimbit di sebuah premis di sini.

Tambah Wari, suspek direman selama empat hari bermula semalam sehingga 30 Mac ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan atas kesalahan merompak,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini