Kelantan akan tubuh Sidang DUN Belia untuk pupuk sifat kepimpinan - Utusan Malaysia

Kelantan akan tubuh Sidang DUN Belia untuk pupuk sifat kepimpinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kelantan melalui Urusetia Belia dan Sukan (U-BeS) akan menubuhkan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Belia bagi memupuk sifat kepimpinan belia di peringkat generasi muda.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, persidangan berkenaan dijangka diadakan di Dewan Majlis Perbandaran Kota Bharu pada Sambutan Hari Belia yang dijangka pada penghujung April ini.

“Persidangan yang dijangka akan berlangsung selama dua hari itu akan melatih dan memberikan peluang kepada belia untuk mengemukakan apa jua isu termasuk isu pendidikan, sosial dan ekonomi selain melatih belia menjadi pelapis kepimpinan yang sedia ada,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir di Majlis Ramah Mesra Bersama Media di sini hari ini.

“Persidangan yang bersifat kongres dan bukan politik itu akan diwakili seramai 45 wakil belia daripada 45 DUN itu yang akan membahaskan isu atau cadangan di kawasan DUN masing-masing,” katanya. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini