KUALA LUMPUR 27 Mac – Pengurangan saiz perkhidmatan awam tidak melibatkan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan kerajaan pada masa ini.
Sebaliknya, pengecilan saiz perkhidmatan awam hanya melibatkan sebanyak enam peratus perjawatan yang tidak diisi.
Demikian jaminan disuarakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md. Farid Md. Rafik yang turut memberitahu, kerajaan sentiasa memantau bagi memastikan keberkesanan penjawat awam sedia ada supaya tiada pertindihan fungsi berlaku.
Memuatkan artikel berkaitan…
Katanya, tahun ini terdapat 1.7 juta jumlah perjawatan wujud dalam perkhidmatan awam dengan 1.6 juta jawatan diisi.
“Kita tak sentuh penjawat awam yang ada bersama kerajaan hari ini,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Rakyat hari ini











