Negara perlu lebih ramai bakat berkemahiran digital - Kelly Services - Utusan Malaysia

Negara perlu lebih ramai bakat berkemahiran digital – Kelly Services

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Negara menghadapi cabaran dalam menyediakan bakat dalam bidang digital, memandangkan permintaan terhadap tenaga kerja dalam bidang tersebut terus meningkat, menurut Panduan Gaji 2019 yang dikeluarkan oleh Kelly Services Malaysia.

Dalam satu kenyataan, entiti itu berkata garis panduan yang baru dilancarkan itu juga menekankan kepada keperluan untuk kemahiran digital diutamakan dalam semua sektor pekerjaan.

Pengarah Urusan Kelly Services Malaysia, Brian Sim berkata, jurang kemahiran yang semakin besar dapat dilihat dalam kalangan bakat Malaysia, kerana banyak perniagaan kini bersiap sedia menghadapi Revolusi Industri 4.0 dan berubah ke arah digital.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Isu ini sedang ditangani oleh kerajaan Malaysia dan juga organisasi melalui pelbagai dasar dan inisiatif, tetapi pekerja juga harus mengambil inisiatif meningkatkan kemahiran mereka untuk terus berdaya saing dalam landskap pekerjaan yang berkembang ini,” katanya.

Dari segi sektor pekerjaan, sektor kejuruteraan dan teknologi maklumat (IT) dijangka berkembang pada tahun ini walaupun dalam iklim ekonomi yang mencabar, sementara sektor perkhidmatan perbankan dan perkongsian menyaksikan pertumbuhan perlahan sejak pilihan raya umum tahun lepas.

Laporan itu berkata terdapat minat yang jelas dalam membangunkan sektor kejuruteraan, dengan sokongan inisiatif kerajaan seperti dasar Industri 4WRD serta matlamat kerajaan menggandakan bilangan pekerja mahir dari 18 peratus hingga 35 peratus menjelang 2025.

Sementara itu, perkembangan ekosistem digital Malaysia akan menyaksikan pelaksanaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan dan data besar, manakala perbelanjaan terhadap produk dan perkhidmatan IT dijangka mencecah RM65.2 bilion.

Menurut laporan itu, persekitaran tersebut amat baik bagi profesional IT yang dilengkapi dengan kemahiran untuk memanfaatkan teknologi ini pada tahun 2019.

“Sama seperti sektor kejuruteraan, kemahiran insaniah seperti komunikasi dan pengurusan akan memainkan faktor penting dalam pertumbuhan profesional IT, lebih ramai majikan cenderung menggaji individu yang berkemahiran pelbagai untuk menjalankan peranan dan membantu perniagaan dalam misi transformasi digital mereka.

“Permintaan untuk memenuhi jawatan seperti ketua pasukan SAP (sistem, aplikasi dan produk) dan pengurus keselamatan maklumat mungkin akan meningkat dan menjadi antara pekerjaan yang menerima bayaran tertinggi pada 2019,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini