MPSJ tawar bayaran RM3 seekor gagak - Utusan Malaysia

MPSJ tawar bayaran RM3 seekor gagak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) akan membayar RM3 bagi seekor burung gagak yang berjaya ditembak di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Yang Dipertua MPSJ, Noraini Roslan berkata, seramai 30 penembak dijangka akan menyertai Program Menembak Gagak Peringkat MPSJ itu itu pada Sabtu ini.

Noraini berkata, program tersebut akan bermula seawal pukul 7 pagi iaitu dengan saringan awal daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) termasuk pemeriksaan senjata api dan juga taklimat keselamatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peserta yang menyertai operasi ini perlu mendaftar terlebih dahulu di Laman Kenanga, MPSJ, USJ 5, Subang Jaya dekat sini.

“Seterusnya, kita akan mengadakan majlis penutup program pada pukul 8 malam di Dewan Serbaguna MPSJ, SS15, Subang Jaya,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPSJ Bil. 3/2019 di Bilik Mesyuarat Kenanga, Aras 2, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini